Posted on 7:25 PM | by Admin
Abdul Latif Abdullah angkat sumpah
Ahli Majlis MPSP 2012
Posted on 6:58 PM | by Admin
Majlis sumbangan hamper Raya Gong Xi Fat Chai 2012 bagi Kadun Pinang Tunggal telah diadakan pada 21 Januari 2012 di Tingkat 7 Kg Selamat.Seramai 50 keluarga dari pelbagai lapisan menerima hamper dengan penuh kegembiraan.
Disamping itu satu sessi dialog diadakan bagi merapatkan hubungan masyarakat kaum Thionghua dengan pimpinan parti KEADILAN.
Posted on 7:17 AM | by Admin
Seorang Warga Emas Yahaya Saidin berusia lebih 70 tahun yang ditemui semasa Kaunter Pendaftaran Warga Emas dibuka oleh JKKK Padang Benggali melahirkan rasa kegembiraan kerana berjaya mendaftar sebagai Warga Emas dalam program penghargaan warga emas rakyat Pulau Pinang.
Beliau yang berkerja sebagai seorang pesawah berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang amat prihatin kepada warga negarinya terutama kepada warga yang telah mencapai usia 60 tahun.
Ditanya apakah pandangan beliau tentang Program Penghargaan Warga Emas yang dijalankan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.Beliau hanya menjawab ringkas 'Bagus'.Baginya beliau bersyukur dengan apa saja yang diberi.
Dari itu Yahaya Saidin tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan dirinya untuk menerima sumbangan sebanyak RM100.00 dalam Program Penghargaan Warga Emas.
Seorang Warga Emas wanita yang berusia lebih 70 tahun Puan Khatijah juga mengongsi kegembiraan apabila mendapat tahu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang sangat prihatin dengan golongan Warga Emas seperti dirinya.Inilah kali pertama dalam tempoh hidupnya lebih tujuh puluh tahun mendapat sumbangan seperti ini.
Makcik Miah 70 tahun yang tinggal di Permatang Pak Maras amat terharu dengan Program Penghargaan ini kerana sebelum ini beliau hanya menerima sumbangan berupa 'hamper' dari Ahli Parlimen Kepala Batas itu pun pada waktu menyambut Hari Raya.Beliau juga mengadu mengenai anaknya seorang ibu tunggal yang kurang mendapat perhatian daripada JKKKP.
Bila ditanya perhatian yang bagaimana yang tidak diberikan oleh JKKKP,beliau berkata anaknya yang kini merupakan ibu tunggal telah cuba mendapatkan bantuan dari JKKKP supaya menyiapkan rumahnya yang terbengkalai malangnya permohonan yang dibuat kepada JKKKP tidak dilayan tetapi apa yang beliau kesalkan ialah saudara mara kepada JKKKP itu mendapat banyak bantuan sedangkan mereka bukanlah dari kalangan yang perlu dibantu.
Makcik Miah berharap Kerajaan Negeri hari ini dapat memhulurkan bantuan kepada anaknya untuk menyiapkan rumah anaknya yang terbengkalai.
Posted on 7:03 AM | by Admin
Kaunter Pendaftaran Warga dibuka di Permatang Berah pada 29 Mei 2010 di rumah AJK JKKK Padang Benggali.Kali ini sebanyak 66 permohonan baru telah didaftarkan.
Pengerusi & Setiausaha JKKK Padang Benggali
sedang mengisi borang dari pemohon baru.
Posted on 6:52 AM | by Admin
Ketua Cabang Kepala Batas Zaini Awang bersama team pendaftaran pemilih SPR dan Warga Emas sedang mengisi borang permohonan baru Program Penghargaan Warga bagi Fasa II yang telah mula dilancarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bermula 01 Mei 2010.Kaunter pendaftaran yang dibuka di Pasar Pasar Awam Kepala Batas dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah dikunjungi ramai warga emas yang sebelum ini kurang percaya dan kurang yakin dengan program Penghargaan Warga Emas yang telah dilancar kan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang semenjak bulan Mac 2009 lagi.
Sambutan juga amat menggalakkan sewaktu team Pendaftaran SPR & Warga Emas membuka kaunter pendaftaran di Kg Selamat Pinang Tunggal.Pengunjung-pengunjung memberikan ucapan terima kasih kerana iniasitif team Pendaftaran SPR & Warga Emas menjejaki mereka.
Posted on 4:22 PM | by Admin
Semakan Pendaftaran Warga Emas & SPR
Posted on 4:18 PM | by Admin
Semakan Pendaftaran Warga Emas & SPR
Posted on 4:15 PM | by Admin
Semakan Pendaftaran Warga Emas & SPR