0
comments
Ketua Cabang Kepala Batas Zaini Awang bersama team pendaftaran pemilih SPR dan Warga Emas sedang mengisi borang permohonan baru Program Penghargaan Warga bagi Fasa II yang telah mula dilancarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bermula 01 Mei 2010.Kaunter pendaftaran yang dibuka di Pasar Pasar Awam Kepala Batas dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah dikunjungi ramai warga emas yang sebelum ini kurang percaya dan kurang yakin dengan program Penghargaan Warga Emas yang telah dilancar kan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang semenjak bulan Mac 2009 lagi.
Sambutan juga amat menggalakkan sewaktu team Pendaftaran SPR & Warga Emas membuka kaunter pendaftaran di Kg Selamat Pinang Tunggal.Pengunjung-pengunjung memberikan ucapan terima kasih kerana iniasitif team Pendaftaran SPR & Warga Emas menjejaki mereka.



